Saturday 28 December 2013

RESIPI ANAK PINTAR




KURMA
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saiditina Maryam a.s ketika mahu melahirkan Nabi Isa a.s dirakam di dalam Al-quran.
“Dan gegarlah ke arahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan Surah Maryam Ayat 25-26.
Selain itu juga, mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak.



KISMIS
Bahan ini memang dah terkenal dengan gelaran Kismis Minda.Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.
Antara khasiat-khasiat kismis adalah:  
  • menguatkan daya ingatan
  • mengubati penyakit lupa
  • mencerdaskan minda
  • memutuskan balgham
  • membersihkan hati
  • mencerahkan mata

In sya Allah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajaran.


KACANG BADAM (ALMOND)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz  dari negeri Timur Tengah. Orang yahudi juga membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. Badam juga adalah sumber kebanyakan zat yang mampu membantu dalam pembentukan otak. Badam dikatakan mempercepatkan tahap intelektual tinggi dan amat dicadangkan sebagai makanan perlu untuk kanak-kanak yang sedang membesar.


MADU
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk member tenaga. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah saw,barangsiapa yang menjilat madu sebanyak 3x pagi setiap bulan maka tidak akan terkena cubaan yang besar(penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)


HABATUS SAUDA
Sabda Rasulullah saw, “Tetaplah kamu dengan habatus sauda kerana padanya adalah penawar segala penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah apakah itu as Sam? Jawab Rasulullah “As sam itu adalah mati”


Rasulullah bersabda : “Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam habbatus sauda terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.” (HR. Muslim)

Dari `Aisyah radhiyallahu `anha, Rasulullah bersabda : ” Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini adalah ubat dari segala penyakit, kecuali as-Saam”. Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni Khalid bin Sa’ad): “apa itu as-Saam?” dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): “Kematian”. (HR. Bukhari)
Rasulullah bersabda " Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam habatus sauda terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian" (HR. Muslim)



BUAH TIN
Buah tin adalah buah kesukaan Rasulullah saw. Makan buah tin mengurangkan kelelahan , meningkatkan daya memori otak dan mencegah Anemia.
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini




OMEGA 3
Sebahagian besar otak manusia terdiri daripada lemak 'baik' atau dikenali sebagai asid lemak. Dan kebanyakan lemak baik adalah Omega-3. Kajian telah membuktikan yang diet yang kaya dengan Omega-3 dapat meningkatkan  keupayan belajar, kemahiran menyelesaikan masalah, daya tumpuan, daya ingatan dan kemahiran berkomunikasi. Omega-3 juga terbukti mampu memberikan mood positif dan keseimbangan emosi, dan dapat mengekalkan kesihatan mental semakin kita berumur.

Saya guna Omega jenama Shaklee kerana 99% kandungannya Omega-3 yang tinggi dengan DHA/EPA.





AIR SURAH TAHA
Seperti yang kita tahu surah Taha banyak manfaatnya. Salah satunya untuk lembutkan hati anak-anak yang degil. Baca ayat 1-23 sebanyak 11x. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.

Dan inilah hasilnya....Anak-anak memang suke.....





Nasihat Dato' Dr Fadhilah Kamsah NO 7



Untuk dapatkan Vitamin anda dengan HARGA HEBAT DN DISKAUN YANG MENJIMATKAN...Jomm....Hubungi Saya Segera :
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,
♡♡Siti Nor Rizal 
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [ ID No : 947541]
♡♡ Contact No : 013-9606653
♡♡ Email : silmifariz20@gmail.com
♡♡ Blog: Petua Ibu Anak Sihat
♡♡ Facebook : Sitinorrizal fahmi
♡♡ Like my Fanpage :Petua Ibu & Anak Sihat
♥♥ COD Kuala Terengganu n Paka,Dungun
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia
■■Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 9475411 untuk dapatkan supplement anda ■■
 

No comments:

Post a Comment