Wednesday 20 November 2013

KENAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN?


Baru-baru kawan saya berkata..." Tak payah makan vitamin, pantang makan sihat la kita.Org zaman dulu umur panjang tak makan vitamin pon sihat jeee...". 
Zaman dulu dan zaman sekarang berbeza bukan? Orang zaman dulu makan ulam-ulaman,makan terus je tak masak pon. Dulu2 takder pon burger,hotdog, ayam kfc sume tu. Dan bila kita makan berpantang pon tak jugak cukup khasiat walhal yang kita pantang tu la banyak khasiatnya.


ANTARA SEBAB MENGAPA BADAN KITA PERLUKAN VITAMIN/SUPPLEMENT ADALAH
  • Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buahan dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga, dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
  • Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan, dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.
  • Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula, dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.
  • Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
  • Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.
  • Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.


Multivitamin penting untuk tubuh
Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.
Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:
Menjaga kesihatan jantung.


  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menguatkan tulang
  • Kesihatan mata dan penglihatan
  • Menjaga kualiti kulit sihat

Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin.
Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya. 




18 SEBAB MENGAPA JENAMA SHAKLEE BERBEZA DARI YANG LAIN
  • Pada 1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan produk yang pertama dikenali sebagai “Vitalized Minerals” dimana beliau mengasingkan sebatian semulajadi dari sayuran untuk mendapatkan khasiat mineral.Seorang biochemist menggelarkan sebatian tersebut sebagai “vitamins”.Inilah sejarah dimana perkataan vitamin terhasil.
  • Dr. Shaklee merupakan seorang chiropractor. Beliau memiliki ijazah dalam bidang nutrisi, biochemistry, philosophy and divinity.
  • Pada 1924,Dr Shaklee membina health care center yang lengkap dengan pekerja terdiri daripada chiropractors, osteopaths, internist, general practitioners and surgeons. Dan untuk pertama kalinya, formula Dr. Shaklee untuk makanan kesihatan dibungkuskan dan dipasarkan.
  • Pada 1928, beliau melahirkan a sensible diet regimen dan mencadangkannya untuk semua pesakitnya. Diet ini bersamaan dengan Food Guide pyramid yang sekarang ini juga dicadangkan oleh United States Department of Agriculture, tetapi dengan penambahan pada bijirin, buah2an ,sayur2an dan minima lemak dan gula.
  • Pada January 1929, beliau menjadi menteri dan pada 1933, secara rasminya beliau menerima darjah kedoktorannya. Beliau menekankan kepentingan the spiritual part of life yang akhirnya menjadi filosopi asas dalam Shaklee.
  • Beliau mengamalkan ilmu chiropractic sehingga umurnya 65tahun. Kemudian melancarkan Shaklee Corporation untuk memasarkan produk yang telah beliau hasilkan sepanjang hayatnya. Impian beliau adalah untuk berkongsi kesihatan yang lebih baik dan produknya bersama dunia.
  • Produk nutrisi Shaklee dikenali oleh kerajaan sebagai makanan berbeza dengan produk dari syarikat lain yang dilabelkan sebagai drug companies.
  • Shaklee merupakan pengeluar vitamin dan mineral yang TERBESAR DI DUNIA dan dilabelkan sebagai leader in the nutritional industry.
  • Shaklee menjalankan ujikali klinikal sendiri terhadap produk2 mereka.Ia dilakukan oleh pihak luar, unbiased sources (such as Yale University and Harvard University)dimana kajian klinikal ini dijalankan keatas manusia dan bukan haiwan untuk membuktikan secara saintifik yang produk2 Shaklee boleh diutilisasikan dan selamat ke atas badan manusia. Beratus ujian diterbitkan in peer-reviewed nutritional and medical journals such as:The American Journal of Clinical Nutrition. The Journal of Nutrition. The Journal of the American Dietetic Association. The Journal of Applied Physiology, and. The American Journal of Cardiology
  • Sesetengah syarikat mendakwa mereka melakukan ujian klinikal sedangkan hakikatnya tidak pernah diuji kerana undang- undang tidak pun memerlukan mereka berbuat demikian tapi mereka mendakwa demikian hanya untuk melakukan produk mereka. Berbeza dengan Shaklee yang melaburkan berjuta2 ringgit untuk melakukan ujian klinikal terhadap produk mereka.
  • Produk Shaklee kesemuanya seimbang dan memenuhi hampir semua suplemen semulajadi yang badan perlukan. Sebagai makanan, produk2 Shaklee mengandungi nutrien2 asas,enzim2 dan juga pyhtochemicals (bahan2 kimia semulajadi dalam sayur2an dan buahan ie karotenoid, flavonoid..yang ni nanti saya ulas panjang dalam entry yang lain)
  • Shaklee memiliki makmal kajian dan penyelidikan mereka sendiri di Hayward, California, dan makmal kedua di bina di Stanford University in Palo Alto, California.
  • Tahukah anda Shaklee memiliki perusahaan ladang (manufacturing plant) mereka sendiri di Norman, Oklahoma. Tidak seperti sesetengah syarikat yang mengeluarkan vitamin dengan membeli dari mana2 makmal dan meletakkan label jenama mereka.. Tidak seperti Shaklee yang memiliki ladang vitamin sendiri.. Menarik bukan.
  • Shaklee melaburkan melebihi 12juta USD setahun untuk penyelidikan dan ujian makmal. Shaklee juga mempunyai lebih 150orang saintist dan lembaga penasihat terdiri daripada doktor, pensyarah,professor, saintis dari universiti terkemuka dunia.
  • 176 ujian yang berasingan dijalankan ke atas setiap satu bahan yang terlibat dalam penghasilan produk shaklee . Ujian melibatkan ketulenan, ketahanan dan keselamatan.
  • Setiap produk Shaklee didakwa mempunyai dokumen pengesahan.
  • Setiap produk Shaklee telah melalui sebanyak 262 ujian kualiti jaminan (assurance) yang berasingan dalam setiap proses pembuatan.
  • Shaklee produk semuanya dijamin berkualiti..

SHAKLEE JUGA HALAN DAN DILULUSKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)


Untuk dapatkan Vitamin anda dengan HARGA HEBAT DN DISKAUN YANG MENJIMATKAN...Jomm....Hubungi Saya Segera :
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,
♡♡Siti Nor Rizal
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [ ID No : 9475411]
♡♡ Contact No : 013-9606653
♡♡ Email : silmifariz20@gmail.com
♡♡ Blog: Petua Ibu Anak Sihat
♡♡ Facebook : Sitinorrizal fahmi 
♡♡ Like my Fanpage :Petua Ibu & Anak Sihat
♥♥ COD Kuala Terengganu n Paka,Dungun
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia
■■Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 9475411 untuk dapatkan supplement anda ■■

Monday 18 November 2013

DIABETES KETIKA HAMIL- RISIKO DAN JALAN PENYELESAIANNYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Golongan ibu2 mengandung pastinya bimbang dengan pelbagai penyakit yang biasa dialami oleh golongan2 ni kan.Sebelum ni saya pernah membincangkan tentang HB Low... hari ni tentang Diabetes pula... kencing manis la orang kita panggil.

Ramai dalam kalangan wanita hamil menghidap kencing manis, yang dikenali sebagai diabetes gestasi. Diabetas akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormone yang dihasilkan oleh pankreas.

Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. Semasa kehamilan, badan seseorang ibu akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya.

Jika badan tidak boleh menyediakan insulin tambahan, si ibu akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan menimbulkan diabetes gestasi. Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup. Boleh dikatakan semua orang mengetahui tentang komplikasi yang melibatkan penyakit diabetes.  Biasanya pesakit diabetes yang tidak terkawal terdedah kepada pelbagai komplikasi seperti buah pinggang, masalah mata jantung dan luka yang sukar sembuh. Bagaimanapun pesakit diabetes yang hamil terdedah kepada pelbagai  risiko yang boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.

Pakar runding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Dharmini Veerakumaran berkata, terdapat 2 golongan wanita iaitu pertama, yang mempunyai diabetes sebelum hamil dan kedua, yang tidak ada diabetes tetapi mempunyai masalah penghadaman gula semasa hamil dianamakan DIABETES GESTASI.


-Golongan pertama


Yang mengetahui diri mereka mempunyai diabetes sepatutnya mendapatkan nasihat doctor sebelum hamil.

“Mereka perlu mengawal gula dalam darah dan menukar ubat kepada suntikan insulin bagi menstabilkan gula dalam darah.” katanya.



Bagaimanapun,golongan ini biasanya datang berjumpa doktor selepas mendapat tahu diri mereka hamil dan ini mendedahkan ibu dan bayi kepada pelbagai risiko.


“Paling bahaya apabila wanita yang hamil tidak mengetahui mereka menghidapi diabetes dan terdedah kepada pelbagai komplikasi. Biasanya doctor akan mula dengan suntikan insulin bagi mengawal kandungan gula dalam darah bagi mengawal kandungan gula dalam darah dan mereka biasanya perlu berada diwad bagi tujuan pemantauan.” katanya lagi.



-Golongan kedua


Wanita yang berisiko menghidapi diabetes semasa hamil atau dikatakan menghadapi masalah penghadaman gula. Ujian yang disarankan untuk diagnosis diabetes gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT) dimana ujian gula darah diambil semasa berpuasa dan 2jam selepas minum air gula.

Jika si ibu berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetes gestasi, mereka akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan. Bacaan  gula semasa puasa perlu kurang daripada 5.6mmol/liter dan 7.8mmol/liter selepas 2jam minum air gula. Jika bacaan OGGT lebih tinggi daripada yang disarankan pesakit perlu dirujuk kepada dietitian bagi menggalakkan mereka makan sedikit dan selalu. Wanita hamil yang menghidapi diabetes perlu melahirkan anak 2minggu lebih awal bagi mengelakkan komplikasi seperti bayi terlalu besar dan bayi meninggal di dalam kandungan akibat plasenta tidak berfungsi.




I.N.F.O


GOLONGAN YG BERISIKO

  • Golongan yang mempunyai berat badan lebih 80kg.
  • Wanita dengan sejarah keluarga menghidap diabetes.
  • Hamil kembar.
  • Selepas kandungan ke-4
  • Ujian air kencing menunjukkan hijau dan kuning(kertas ujian mempunyai  5 warna iaitu biru, hijau, kuning, oren dan merah dimana warna biru menunjukkan kandungan gula normal sehingga warna merah menunjukkan diabetes tertinggi)
  • Masalah penghadaman gula semasa kandungan sebelumnya.
  • Melahirkan anak melebihi 4kg.



MASALAH KEPADA OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI

  • Risiko keguguran adalah tinggi.
  • Tinggal di wad kerana perlu pemantauan berterusan.
  •  Masa bersalin bila gula terkawal, mereka perlu bersalin awal 2minggu daripada jangkauan dan biasanya perlu pembedahan.



MASALAH KEPADA IBU

  • Jika si ibu mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, ia akan merentasi plasenta ke bayi, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar.
  • Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang kala, pembedahan ceaserean perlu dilakukan.
  • Bayi perlu dikeluarkan 2minggu lebih awal bagi mengelakkan meninggal dalam kandungan kerana plasenta tidak dapat berfungsi dengan baik.



MASALAH KEPADA BAYI

  • Bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah(hipoglisemia) dan jaundis.
  • Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.
  • Biasanya, 3 bulan pertama amat penting tumbesaran bayi dan pada ketika itu darah yang penuh dengan gula mengalir dalam bayi dan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi.
  • Bayi juga menghadapi pelbagai masalah jantung berlubang,jantung satu, dan masalah injap, masalah saraf seperti spinal bifida, masalah otak dan bayi juga terdedah kepada diabetes dan obesiti. 

 Sayangi anak anda.. mencegah itu lebih baik dari merawat.


SET DIABETES SHAKLEE


ESP  
 ESP bukan lah ubat untuk Diabetes. Tapi ia mampu membantu tubuh pesakit mengawal kandungan gula dalam darah dan mengurangkan risiko komplikasi. Jadi, kenapa ia sesuai untuk pesakit DIABETES?? Kerana ESP adalah minuman soya yang mempunyai kandungan Indeks Glisemik yang rendah. Adalah penting bagi pesakit Diabetes mengikut diet yg direka khas bagi mereka untuk menjaga paras gula dari meningkat secara mendadak setiap kali selepas makan. Kajian mendapati pesakit Diabetes yang mengikuti diet 'Low Glysemic Index', selama 6 bulan mempunyai kawalan gula darah yang lebih baik dan kurang berisiko untuk sakit jantung berbanding pesakit Diabetes yang mengikuti diet yang lain. 
 


VITA-LEA 
Juga dikenali dengan nama multivitamin.. Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk kita yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. 


 


B-COMPLEX
Menukarkan gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga.

VITA-C
Mengukuhkan kapilari dan salur darah

OSTEMATRIX
Membantu meringankan stres. Ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impluls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang lena, memperbaiki jantung berdebar, depresi, mood swing dan sakit kepala

#Vitamin diatas adalah untuk ibu mengandung sahaja(yang mengalami diabetes). Diabetes seumur hidup mempunyai beberapa lagi vitamin lain.

HIDUP TANPA DIABETES
TESTIMONI PENGGUNA SHAKLEE


Untuk dapatkan Vitamin anda dengan HARGA HEBAT DN DISKAUN YANG MENJIMATKAN...Jomm....Hubungi Saya Segera :
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,
♡♡Siti Nor Rizal
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [ ID No : 947541]
♡♡ Contact No : 013-9606653 
♡♡ Email : silmifariz20@gmail.com
♡♡ Blog: Petua Ibu Anak Sihat
♡♡ Facebook : Sitinorrizal fahmi
♡♡ Like my Fanpage :Petua Ibu & Anak Sihat
♥♥ COD Kuala Terengganu n Paka,Dungun
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia
■■Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 9475411 untuk dapatkan supplement anda ■■