Saturday 28 December 2013

RESIPI ANAK PINTAR




KURMA
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saiditina Maryam a.s ketika mahu melahirkan Nabi Isa a.s dirakam di dalam Al-quran.
“Dan gegarlah ke arahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan Surah Maryam Ayat 25-26.
Selain itu juga, mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak.



KISMIS
Bahan ini memang dah terkenal dengan gelaran Kismis Minda.Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.
Antara khasiat-khasiat kismis adalah:  
  • menguatkan daya ingatan
  • mengubati penyakit lupa
  • mencerdaskan minda
  • memutuskan balgham
  • membersihkan hati
  • mencerahkan mata

In sya Allah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajaran.


KACANG BADAM (ALMOND)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz  dari negeri Timur Tengah. Orang yahudi juga membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. Badam juga adalah sumber kebanyakan zat yang mampu membantu dalam pembentukan otak. Badam dikatakan mempercepatkan tahap intelektual tinggi dan amat dicadangkan sebagai makanan perlu untuk kanak-kanak yang sedang membesar.


MADU
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk member tenaga. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah saw,barangsiapa yang menjilat madu sebanyak 3x pagi setiap bulan maka tidak akan terkena cubaan yang besar(penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)


HABATUS SAUDA
Sabda Rasulullah saw, “Tetaplah kamu dengan habatus sauda kerana padanya adalah penawar segala penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah apakah itu as Sam? Jawab Rasulullah “As sam itu adalah mati”


Rasulullah bersabda : “Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam habbatus sauda terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.” (HR. Muslim)

Dari `Aisyah radhiyallahu `anha, Rasulullah bersabda : ” Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini adalah ubat dari segala penyakit, kecuali as-Saam”. Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni Khalid bin Sa’ad): “apa itu as-Saam?” dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): “Kematian”. (HR. Bukhari)
Rasulullah bersabda " Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam habatus sauda terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian" (HR. Muslim)



BUAH TIN
Buah tin adalah buah kesukaan Rasulullah saw. Makan buah tin mengurangkan kelelahan , meningkatkan daya memori otak dan mencegah Anemia.
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini




OMEGA 3
Sebahagian besar otak manusia terdiri daripada lemak 'baik' atau dikenali sebagai asid lemak. Dan kebanyakan lemak baik adalah Omega-3. Kajian telah membuktikan yang diet yang kaya dengan Omega-3 dapat meningkatkan  keupayan belajar, kemahiran menyelesaikan masalah, daya tumpuan, daya ingatan dan kemahiran berkomunikasi. Omega-3 juga terbukti mampu memberikan mood positif dan keseimbangan emosi, dan dapat mengekalkan kesihatan mental semakin kita berumur.

Saya guna Omega jenama Shaklee kerana 99% kandungannya Omega-3 yang tinggi dengan DHA/EPA.





AIR SURAH TAHA
Seperti yang kita tahu surah Taha banyak manfaatnya. Salah satunya untuk lembutkan hati anak-anak yang degil. Baca ayat 1-23 sebanyak 11x. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.

Dan inilah hasilnya....Anak-anak memang suke.....





Nasihat Dato' Dr Fadhilah Kamsah NO 7



Untuk dapatkan Vitamin anda dengan HARGA HEBAT DN DISKAUN YANG MENJIMATKAN...Jomm....Hubungi Saya Segera :
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,
♡♡Siti Nor Rizal 
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [ ID No : 947541]
♡♡ Contact No : 013-9606653
♡♡ Email : silmifariz20@gmail.com
♡♡ Blog: Petua Ibu Anak Sihat
♡♡ Facebook : Sitinorrizal fahmi
♡♡ Like my Fanpage :Petua Ibu & Anak Sihat
♥♥ COD Kuala Terengganu n Paka,Dungun
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia
■■Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 9475411 untuk dapatkan supplement anda ■■
 

Thursday 12 December 2013

RAWAT TALASEMIA DGN SHAKLEE

🍄Penyakit Talasemia dan Vitamin untuk Membantu pesakit hidup lebih sihat🍄
Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.
Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
Talasemia minor : Merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
Talasemia major : Merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.
Tanda dan gejala penyakit Talasemia:
Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.JaundisTumbesaran terbantutPerut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dahi dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).
Rawatan penyakit Talasemia Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.
Bagi seseorang yang mempunyai masalah Talasemia, tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi. Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan.
Oleh yang demikian, penggambilan Vitalea Iron Formula Shaklee dan Alfalfa tidak digalakkan untuk pesakit Talasemia.
Namun supplemen yang harus diambil adalah Vitamin B complex.
🌼Vitamin B Complex membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah.
🌼Vitamin E juga baik sebagai antioxidan yang membantu melindungi sel darah merah.
🌼Ostematrix(lengkap dgn Magnesium dan vitamin D) juga antara vitamin yang akan memberi manfaat kerana ia membantu meningkatkan tenaga.
🌼Selain dari ini, Energizing Soy Protein (ESP) juga disarankan kerana protin membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga. Seseorang yang mempunyai talasemia mesti berpegang kepada diet tertentu.
Makanan yang dianggap sihat bagi kebanyakan orang boleh menyebabkan komplikasi yang serius bagi pesakit talasemia. Talasemia adalah kumpulan gangguan darah genetik yang boleh menyebabkan masalah kehidupan kesihatan jangka. Itulah sebabnya ia adalah penting untuk mengetahui makanan yang pesakit talasemia boleh dan tidak boleh makan.
Tips dan Peringatan
Elakkan makanan yang mengandungi besi. Sesetengah pesakit talasemia perlu mendapatkan pemindahan darah yang kerap. Ini menyebabkan berlebihan membina besi di dalam badan yang boleh merosakkan jantung dan organ-organ lain. Protein yang tinggi dalam besi dan harus dielakkan termasuk hati, tiram, kacang, daging, mentega kacang dan tauhu. Bijian yang kaya besi termasuk tortillas tepung, bijirin bayi, dan krim gandum. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi besi dan harus dielakkan termasuk prun, tembikai, kacang, brokoli, kismis, bayam, dan sayur-sayuran berdaun hijau.Makan banyak makanan yang mengandungi kalsium. Ini adalah amat penting untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat. Ini adalah penting bagi orang-orang yang mempunyai talasemia sejak tulang lemah dan rapuh boleh menjadi komplikasi penyakit. Produk tenusu adalah sumber kalsium yang baik. Manfaat tambahan ialah bahawa produk tenusu mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap zat besi.Pastikan terdapat vitamin D dalam diet anda. Vitamin D diperlukan supaya badan boleh menyerap kalsium. Vitamin D yang terkandung dalam telur, produk tenusu dan ikan.Elakkan pengambilan jus oren kerana pengambilan jus oren akan meningkatkn penyerapan zat besi dalam sistem saraf.Pengambilan teh dan kopi dapat mengurangkan jumlah zat besi yg telah diserap badan.Talasemia juga dikenali sbg 'Cooley's Anemia'.
Untuk dapatkan Vitamin anda dengan HARGA HEBAT DN DISKAUN YANG MENJIMATKAN...Jomm....Hubungi Saya Segera :
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,
♡♡sItI nOr rIzaL
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [ ID No : 947541]
♡♡ Contact No : 0139606653
♡♡ Email : silmifariz20@yahoo.com
♡♡ Blog:http://petuaibuanaksihat.blogspot.com/
♡♡ Like my page :
www.facebook.com/petuaibuanaksihat
♥♥ COD K.t n Paka
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia
■■Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 947541 untuk dapatkan supplement anda ■■

Wednesday 4 December 2013

KENAPA SAYA BERSHAKLEE



Assalamualaikum w.t.w. 

Sebelum ni asyik duk bercerita tentang produk Shaklee aje.. hari ni saya akan bercerita mengenai saya dan keluarga saya sendiri kenapa saya bershaklee. Mengapa saya menggunakan Shaklee.

Banyak sebab saya bershaklee dan terus bershaklee untuk dikongsikan pada semua..
Antaranya adalah;

1.Arwah abah


Arwah abah mengalami stroke pada 2.1.2003. masa tu saya tengah cuti sem. Abah memang ada darah tinggi dan abah memang suka makan tanpa pantang larang dan tanpa ubat atau vitamin kawalan. Mula-mula kena, abah rebah dan terus tak sedarkan diri. Hampir 2minggu dalam wad akhirnya  dapat keluar dengan keadaan yang tak sempurna dan tak seperti dulu kerana abah lumpuh sebelah badan.  Bermacam2 cara mak lakukan untuk sembuhkan abah.  Akhirnya mak belikan Shaklee utk abah,Alhamdulillah sekian lama mak mencari ubat untuk abah akhirnya tekanan darah abah normal apabila consume shaklee. Dengan semangat yang kental akhirnya abah dapat berjalan walaupon tak normal sepenuhnya. Stroke abah peringkat teruk sebab tu ambik masa yang agak lama utk sembuh  sepenuhnya walaupon tak sempat nak sembuh seperti sediakala  sebab  abah ‘pergi’ membawa strokenya bersama pada 1.11.2010 dan ketika itu saya mengandung anak pertama berusia 4bulan. Dengan Shaklee la tekanan darah abah normal. Beribu2 mak habiskan duit utk belikan ubat kepada abah. Abah boleh berjalan semasa menggunakan Shaklee dan ada juga prubahan lainyang berlaku pada abah. Yang saya perasan kulit abah bertukar warna,bertambah cerah. Kaki yang pecah teruk dah takder dah. Bukan pecah sikit2 tapi banyak lagi tebal plak tu.itulah kelebihan Shaklee. Al-fatihah buat abah. Abah adalah orang yang paling baik saya jumpa.
  
2.Mak

Mak cakap dia guna Shaklee hampir 19tahun. Mak bukanlah beli yang untuk cantikkan kulit,cuma beli untuk kesihatan optimum. Alhamdulillah sekarang usia mak 50-an takder penyakit seperti darah tinggi,kencing manis, jantung dan sebagainya. Alhamdulillah. Dan saya akan jadi seperti mak setia pada produk dan yakin pada produk.

3.Saya Sendiri

Masa saya blajar dulu mak pernah beri beberapa botol vitamin. Masa umur 18 mana la tau sangat bab2 vitamin ni kan malah anggap vitamin ni untuk orang yang berpenyakit saja. Tapi mak paksa jugak makan. Saya telan la jugak nak ambik hati. Yang saya ingat tiap2 pagi wajib telan B.complex. Tu la paling best. Buat assignment sampai 4,5 pagi n nak g kelas jam 8pagi, telan sebiji B.complex memang mata tak ngantuk. Saya ni memang jenis kena cukupkan tdo 8jam jugak(time tu je la kan). Kalo x cukup tido mesti ngantuk dan lenguh2 badan. Telan B.complex memang xngantuk langsung... tahan sampai balik kelas jam 1 tengahari hingga petang. Dan sem 5 ada kawan tegur kulit saya cantik dan nampak berkilat. Tak terpikir langsung yg semua itu kerana consume Shaklee.Tak tahu pon yg B.complex ni bukan sahaja untuk tenaga bahkan untuk kulit cantik jugak.Lagipon saya jarang2 makan. Saya menafikan pujian kawan sebab kulit saya ni warna coklat..hehehe....tak tahu langsung kebaikan Shaklee ni...makan pon sebab nak  bagi hilang ngantok n hilang penat je...
Dan masa dalam pantang anak pertama, bidan datang umah nak mengurut. Dia cakap saya ni seperti orang bukan dalam pantang. Dia tanya makan apa. Saya kata tak makan ape2 pon, sebab tak tahu yang Shaklee ni bagus untuk orang dalam pantang. N beberapa bulan lepas tu baru perasan yang saya guna Shaklee. Saya makan kerana mak suruh tapi orang yang nampak perubahannya. (serius memang tak tahu kebaikan Shaklee ni)

4.Sebab terakhir saya gunakan Shaklee adalah kerana anak2

Anak2 saya memang ada asthma@ lelah. Yang si abang berumur 2tahun 7bulan dan adik
11bulan. Anak pertama  g klinik xyah cakapla. Asyik kena sedut je..... tak tidur malam dibuatnye. Kalo anak tak tidur kita lagi la kan.... Bila penyakit dia datang siap la dengan selsema,batuk, badan jadik kurus kering. Yang adik pon sama. Siap masuk wad lagi,masa raya plak tu. Tak beraya mane pon aritu... Dengan rela hatinya saya membeli Meal Shake untuk anak2 tiga bulan lepas dan saya banyak google tentang kebaikan Shaklee sebab sebelum ni hanya makan kerana mak paksa. Subhanallah.... Ajaibnya dah 3bulan consume Meal Shake tak demam n batuk malah selsema pon tak. Hanya Tuhan saja yang tau betapa bersyukurnya saya... bayangkanlah selsema pon tak ada langsung. Syukur sangat2. Tak perlu ke klinik lagi, sebelum ni duit gaji akan keluarkan lebih kurang RM100 utk ke klinik. Beli Meal shake 3bulan lepas separuh pon tak luak lagi. Hebat kan?..... Anak tak perlu makan ubat yang mengandungi dadah lagi.... hepy sgt2 dah lama tak bawak anak ke klinik....


In sya Allah saya akan menshakleekan husband pula. Husband perokok tegar. Nak bagi Coq Halth padanya. Dia ni dahlah susah nak makan benda2 mcm ni... Doakan saya brjaya ye utk pujuk suami...hehehe....




Untuk dapatkan Vitamin anda dengan HARGA HEBAT DN DISKAUN YANG MENJIMATKAN...Jomm....Hubungi Saya Segera :

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,
♡♡Siti Nor Rizal
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [ ID No : 947541]
♡♡ Contact No : 013-9606653
♡♡ Email : silmifariz20@gmail.com
♡♡ Blog: Petua Ibu Anak Sihat
♡♡ Facebook : Sitinorrizal fahmi
♡♡ Like my Fanpage :Petua Ibu & Anak Sihat
♥♥ COD Kuala Terengganu n Paka,Dungun
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia
■■Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 947541 untuk dapatkan supplement anda ■■