Monday 18 November 2013

DIABETES KETIKA HAMIL- RISIKO DAN JALAN PENYELESAIANNYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Golongan ibu2 mengandung pastinya bimbang dengan pelbagai penyakit yang biasa dialami oleh golongan2 ni kan.Sebelum ni saya pernah membincangkan tentang HB Low... hari ni tentang Diabetes pula... kencing manis la orang kita panggil.

Ramai dalam kalangan wanita hamil menghidap kencing manis, yang dikenali sebagai diabetes gestasi. Diabetas akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormone yang dihasilkan oleh pankreas.

Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. Semasa kehamilan, badan seseorang ibu akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya.

Jika badan tidak boleh menyediakan insulin tambahan, si ibu akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan menimbulkan diabetes gestasi. Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup. Boleh dikatakan semua orang mengetahui tentang komplikasi yang melibatkan penyakit diabetes.  Biasanya pesakit diabetes yang tidak terkawal terdedah kepada pelbagai komplikasi seperti buah pinggang, masalah mata jantung dan luka yang sukar sembuh. Bagaimanapun pesakit diabetes yang hamil terdedah kepada pelbagai  risiko yang boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.

Pakar runding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Dharmini Veerakumaran berkata, terdapat 2 golongan wanita iaitu pertama, yang mempunyai diabetes sebelum hamil dan kedua, yang tidak ada diabetes tetapi mempunyai masalah penghadaman gula semasa hamil dianamakan DIABETES GESTASI.


-Golongan pertama


Yang mengetahui diri mereka mempunyai diabetes sepatutnya mendapatkan nasihat doctor sebelum hamil.

“Mereka perlu mengawal gula dalam darah dan menukar ubat kepada suntikan insulin bagi menstabilkan gula dalam darah.” katanya.



Bagaimanapun,golongan ini biasanya datang berjumpa doktor selepas mendapat tahu diri mereka hamil dan ini mendedahkan ibu dan bayi kepada pelbagai risiko.


“Paling bahaya apabila wanita yang hamil tidak mengetahui mereka menghidapi diabetes dan terdedah kepada pelbagai komplikasi. Biasanya doctor akan mula dengan suntikan insulin bagi mengawal kandungan gula dalam darah bagi mengawal kandungan gula dalam darah dan mereka biasanya perlu berada diwad bagi tujuan pemantauan.” katanya lagi.



-Golongan kedua


Wanita yang berisiko menghidapi diabetes semasa hamil atau dikatakan menghadapi masalah penghadaman gula. Ujian yang disarankan untuk diagnosis diabetes gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT) dimana ujian gula darah diambil semasa berpuasa dan 2jam selepas minum air gula.

Jika si ibu berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetes gestasi, mereka akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan. Bacaan  gula semasa puasa perlu kurang daripada 5.6mmol/liter dan 7.8mmol/liter selepas 2jam minum air gula. Jika bacaan OGGT lebih tinggi daripada yang disarankan pesakit perlu dirujuk kepada dietitian bagi menggalakkan mereka makan sedikit dan selalu. Wanita hamil yang menghidapi diabetes perlu melahirkan anak 2minggu lebih awal bagi mengelakkan komplikasi seperti bayi terlalu besar dan bayi meninggal di dalam kandungan akibat plasenta tidak berfungsi.




I.N.F.O


GOLONGAN YG BERISIKO

  • Golongan yang mempunyai berat badan lebih 80kg.
  • Wanita dengan sejarah keluarga menghidap diabetes.
  • Hamil kembar.
  • Selepas kandungan ke-4
  • Ujian air kencing menunjukkan hijau dan kuning(kertas ujian mempunyai  5 warna iaitu biru, hijau, kuning, oren dan merah dimana warna biru menunjukkan kandungan gula normal sehingga warna merah menunjukkan diabetes tertinggi)
  • Masalah penghadaman gula semasa kandungan sebelumnya.
  • Melahirkan anak melebihi 4kg.



MASALAH KEPADA OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI

  • Risiko keguguran adalah tinggi.
  • Tinggal di wad kerana perlu pemantauan berterusan.
  •  Masa bersalin bila gula terkawal, mereka perlu bersalin awal 2minggu daripada jangkauan dan biasanya perlu pembedahan.



MASALAH KEPADA IBU

  • Jika si ibu mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, ia akan merentasi plasenta ke bayi, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar.
  • Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang kala, pembedahan ceaserean perlu dilakukan.
  • Bayi perlu dikeluarkan 2minggu lebih awal bagi mengelakkan meninggal dalam kandungan kerana plasenta tidak dapat berfungsi dengan baik.



MASALAH KEPADA BAYI

  • Bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah(hipoglisemia) dan jaundis.
  • Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.
  • Biasanya, 3 bulan pertama amat penting tumbesaran bayi dan pada ketika itu darah yang penuh dengan gula mengalir dalam bayi dan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi.
  • Bayi juga menghadapi pelbagai masalah jantung berlubang,jantung satu, dan masalah injap, masalah saraf seperti spinal bifida, masalah otak dan bayi juga terdedah kepada diabetes dan obesiti. 

 Sayangi anak anda.. mencegah itu lebih baik dari merawat.


SET DIABETES SHAKLEE


ESP  
 ESP bukan lah ubat untuk Diabetes. Tapi ia mampu membantu tubuh pesakit mengawal kandungan gula dalam darah dan mengurangkan risiko komplikasi. Jadi, kenapa ia sesuai untuk pesakit DIABETES?? Kerana ESP adalah minuman soya yang mempunyai kandungan Indeks Glisemik yang rendah. Adalah penting bagi pesakit Diabetes mengikut diet yg direka khas bagi mereka untuk menjaga paras gula dari meningkat secara mendadak setiap kali selepas makan. Kajian mendapati pesakit Diabetes yang mengikuti diet 'Low Glysemic Index', selama 6 bulan mempunyai kawalan gula darah yang lebih baik dan kurang berisiko untuk sakit jantung berbanding pesakit Diabetes yang mengikuti diet yang lain. 
 


VITA-LEA 
Juga dikenali dengan nama multivitamin.. Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk kita yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. 


 


B-COMPLEX
Menukarkan gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga.

VITA-C
Mengukuhkan kapilari dan salur darah

OSTEMATRIX
Membantu meringankan stres. Ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impluls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang lena, memperbaiki jantung berdebar, depresi, mood swing dan sakit kepala

#Vitamin diatas adalah untuk ibu mengandung sahaja(yang mengalami diabetes). Diabetes seumur hidup mempunyai beberapa lagi vitamin lain.

HIDUP TANPA DIABETES
TESTIMONI PENGGUNA SHAKLEE


Untuk dapatkan Vitamin anda dengan HARGA HEBAT DN DISKAUN YANG MENJIMATKAN...Jomm....Hubungi Saya Segera :
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,
♡♡Siti Nor Rizal
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [ ID No : 947541]
♡♡ Contact No : 013-9606653 
♡♡ Email : silmifariz20@gmail.com
♡♡ Blog: Petua Ibu Anak Sihat
♡♡ Facebook : Sitinorrizal fahmi
♡♡ Like my Fanpage :Petua Ibu & Anak Sihat
♥♥ COD Kuala Terengganu n Paka,Dungun
♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia
■■Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 9475411 untuk dapatkan supplement anda ■■

No comments:

Post a Comment